Search This Blog

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI DIVA HOTLINE DI TALIAN 013-3266299...

Thursday 14 November 2019

Aksi Zyana dalam Penggambaran....


Kalau sebelum ini Zyana dikritik kerana gayanya yang terlalu 'pose' beraksi di depan lensa, kali ini, sebuah penggambaran profil telah membuktikan Zyana semakin bagus ketika memberi gaya-gaya hebat untuk dipotretkan. Sebenarnya penggambaran profil ini bertujuan untuk menambah profil Zyana sendiri, Mekap Artis 'Runway', Cik Mia dan memperagakan koleksi pakaian dari Fabulous Couture by Cik Mia. Aksi Zyana semakin matang pada penggambaran kali ini. Nampaknya Zyana tahun ini banyak 'all-out' untuk menaikkan prestasi 'modelling'nya. Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini oleh bekas pengurusnya, Cik Mia, Zyana perlu berhati-hati bagi menilai setiap tawaran yang diterimanya bagi menjaga kualiti branding beliau.